LED Word


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Home

Saturday, July 9, 2011

Makan-Makan di Negeri Melaka

Masakan Melayu
Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.

Masakan Cina

Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. Masakan Cina di negara ini mempunyai rasa yang sedikit pedas kesan daripada pengaruh rakyat berbilang kaum. Antara makanan yang popular di gerai-gerai makanan adalah Char Kway Teow, Mi Wantan , Mi Udang dan Dim Sum.

Masakan India

Makanan India terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Pelbagai jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti cana dan idli. Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera ramai orang kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali. Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.

Masakan Baba & Nyonya

Sekiranya anda tiba di Melaka, masakan Nyonya akan membuatkan anda berselera sekali. Ia merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.

Rasailah sendiri, barulah anda tahu kehebatannya. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).


Masakan Portugis

Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Sebagai penambah perisa, jus lemon, asam jawa dan buah masam digunakan untuk memberi rasa yang sungguh nikmat dalam makanan. Di antara hidangan yang popular ialah Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disajikan bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang).


No comments:

Post a Comment