LED Word


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Home

Friday, July 22, 2011

Kawasan Rekreasi Di Melaka

Melaka River Cruise
river_cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my
Zoo Melaka

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. zoo1Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China. Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo. zoo2

Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.

Bayaran Masuk:

Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan:
Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)
Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi)
(2 petang - 3 petang)

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:
Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00
Memberi gajah makan : RM 2.00
(11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)
Menaiki Kuda/Gajah:
  • Dewasa RM2.00
  • Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja) "Free-Ranging" Orang Utan
  • Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
  • 9.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam

Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
  • bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Zoo Melaka
Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : +606-232 4053/ 4054
Faks: +606-232 5859
Laman Web: www.zoomelaka.gov.my
Emel: info@zoomelaka.gov.my



Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

taman_buayaTarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450,
Melaka
Tel: +606-232 2349 / 232 2350
Faks: +606-231 9136














Tempat Bersejarah Pelancongan


Saturday, July 9, 2011

Makan-Makan di Negeri Melaka

Masakan Melayu
Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.

Masakan Cina

Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. Masakan Cina di negara ini mempunyai rasa yang sedikit pedas kesan daripada pengaruh rakyat berbilang kaum. Antara makanan yang popular di gerai-gerai makanan adalah Char Kway Teow, Mi Wantan , Mi Udang dan Dim Sum.

Masakan India

Makanan India terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Pelbagai jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti cana dan idli. Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera ramai orang kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali. Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.

Masakan Baba & Nyonya

Sekiranya anda tiba di Melaka, masakan Nyonya akan membuatkan anda berselera sekali. Ia merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.

Rasailah sendiri, barulah anda tahu kehebatannya. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).


Masakan Portugis

Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Sebagai penambah perisa, jus lemon, asam jawa dan buah masam digunakan untuk memberi rasa yang sungguh nikmat dalam makanan. Di antara hidangan yang popular ialah Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disajikan bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang).


Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.


Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan.

Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh.

Kesultanan Melaka memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511

Bunga Negeri Melaka

Kesidang atau nama botaninya "Vallabris Glabra" adalah Bunga Negeri Melaka. Ia tergolong dalam keluarga Apocynaceae. Bau harum bunga kesidang amat ketara pada waktu pagi dan keharumannya selalu dibandingkan dengan daun pandan.
Bentuknya yang kecil dan cantik amat menarik dan sesuai dijadikan hiasan terutama baunya yang semerbak memenuhi setiap ruang dan bertahan lama. Bunga kesidang sesuai dijadiakn sebagai hiasan pada arca, pergolas dan kebiasaannya dijumpai di kuil, gereja, majlis perkahwinan dan lain-lain perayaan.
Pendeknya, bunga kesidang merupakan bunga yang selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian dan di tempat-tempat kehormat. masyarakat tradisi Melaka menjadikan kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan bunga rampai. Bunga kesidang paling ideal untuk dijadikan lambang Melaka. Walaupun kecil, kecantikan dan keharumannya dapat memikat semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan kemajuan yang telah dicapai hari ini.

Kebudayaan Melaka

Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.

Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan.

Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pelancong seperti budaya, adat istiadar, tempat-tempat bersejarah, festival keagamaan, sambutan perayaan tradisional di bandar Melaka serta Alor Gajah dan Jasin.

Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si suami mengikut keluarga si isteri.

Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung atau baju yang sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai kain samping. Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambar dalam lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.

Kaum Cina datang ke Melaka semenjak perpindahan beramai-ramai orang Cina dari propinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi, makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.

Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India Selatan dimana mereka mendiami ladang getah. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang.

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Seperti juga Baba dan Nyonya, Melaka mempunyai komuniti kecil yang dipanggil Chitty iaitu orang peranakan yang berketurunan India atau anak-anak pedagang India yang berkahwin dengan wanita Melayu. Kampung mereka dikenali sebagai Kampung Chitty dan terletak ke arah barat Jalan Gajah Behrang, satu kilometer daripada barat laut Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil Mutamariman. Seperti juga Kampung Morten, ia adalah kawasan yang indah untuk dilawati dan melihat rumah-rumah kampung yang bercirikan kampung Melayu. Waktu yang terbaik untuk melawat adalah ketika Festival Mariamman atau Pesta Datuk Char-char pada bulan Mei. Ia adalah pesta Hindu dimana anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan upacara perkahwinan tradisional kaum India.

Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao.

Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter.

Tempat-tempat keagamaan yang boleh dilawati termasuk Gereja Christ, Gereja St. Paul, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng, Masjid Kampung Hulu, Gereja St. Peter, Kuil Sam Poh Kong dan Masjid Tengkera.

Aktiviti Julai 2011 di Melaka

Event : Treasure Hunt
Dates :
July 2011
Venue :
Menara Taming Sari
Organizer :
Management Menara Taming Sari
Tel : 06-288 1100
Fax : 06-288 1551

Event : SCM Orientation Night 2011
Dates : 1 July 2011
Venue : Hotel Equatorial Melaka
Organizer : Students Council, Stamford College Malacca
Tel : 06-282 2613/282 0305
Fax : 06-282 1403

Event : Fast Breaking Ceremony With Muslim & International Student
Dates :
July 2011
Venue :
Stamford College Malacca
Organizer : Staff, Stamford College Malacca
Tel :
06-282 2613 / 282 0305
Fax : 06-282 1403

Event : 3rd Anniversary of Unesco World Heritage City Celebration
Dates : 7 July 2011
Venue : Bandar Hilir, Melaka.
Organizer : Historic Melaka City Council & Melaka Museum Corporation
Tel : 06-232 6411
Fax : 06-281 6084

Event :
Mega Sale
Dates :
1-31 July 2011
Venue : Mahkota Parade
Organizer :
Hektar Black
Tel : 06-282 6151
Fax : 06-282 7305

Event : Festival of Traditional Games
Dates :
30-31 July 2011
Venue : Jalan Kota, Melaka
Organizer : Melaka Museum Corporation (PERZIM)
Tel : 06-282 7464
Fax :
06-282 6745

Event : Pameran VAT 69 (Very Able Troopers)
Dates :
25 July – 16 Sept 2011
Venue : Bastion House
Organizer :
Melaka Museum Corporation (PERZIM)
Tel : 06-282 7464
Fax : 06-282 6745

Event : Melaka International Tourism Show
Dates :
27-29 July 2011
Venue : Melaka International Trade Centre
Organizer :
Melaka Tourism Promotion Division
Tel : 06-232 8402
Fax : 06-232 8367

Event : Motorsport Carnival 2011
Dates :
July 2011
Venue : Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong Melaka.
Organizer : Persatuan Permotoran Melaka.
Tel :
06-293 5125/ 019-667 2222 (En. Rahiman)
Fax : 06-336 5125

Event :
Kayak Competition
Dates : 30 July 2011
Venue :
Straits Melaka / Klebang
Organizer : Tourism Promotion Division
Tel : 06-232 8402
Fax : 06-232 8367

Thursday, July 7, 2011

Sungai Melaka

Menara Taming Sari, Kapal Samudera, dan Kaunter Tiket River Cruise

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Jambatan Bus Station Lama

Eyes On Melaka dan Pirate Ship

Jambatan Hang Tuah yang dipenuhi oleh lampu cahaya yang berwarna warni


Pelancong yang menaiki kapal river cruise mengambil gambar kecantikan Jambatan Hang Tuah.

Jambatan Hang Tuah

Senarai IPTS/IPTA Di Melaka

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknologi MARA ( UITM )

Kampus Alor Gajah,

Km 6, Jalan Lendu

78000 Alor Gajah, Melaka

Tel : 06-5582000 / 2007 Fax : 06-5582001 / 2037

06-5582033 06-5582478

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Multimedia Universiti

Melaka Campus

Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Melaka

Tel : 06- 2523460 / 3401 Fax : 06-2317166/06-2317619

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Yayasan Melaka

Bukit Sebukor 75150 Melaka

Tel : 06- 2817732 / 318 Fax : 06-2816845

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Teknologi Islam Melaka

Batu 28, Kuala Sungai Baru

78200 Melaka

Tel : 06-3878382 Fax : 06-3878986

06-3878412

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Professional MARA Melaka

Jalan Hang Tuah 75300 Melaka

Tel : 06-2812011 Fax : 06-2812009

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

75400 Durian Daun Melaka

Tel : 06-2822366 / 06-2824827 Fax : 06-2818467

06-2822264

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Kejururawatan Melaka

Jalan Mufti Hj Khalil

75400 Melaka

Tel : 06-2707750 Fax : 06-2818746

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil

75450 Bukit Katil Melaka

Tel : 06-2320600 Fax : 06-2329600

06-2320631

  1. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Politeknik Kota Melaka

2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim

75250 Balai Panjang Melaka

Tel : 06-3376006 / 6001 Fax : 06-3376007

6058/6054/6002

10. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Politeknik Merlimau

Jalan Jasin 77300 Merlimau Melaka

Tel : 06-2636687/1238/2063 Fax : 06-2636678

11. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Multimedia Kaw Selatan

Tkt 2, Menara Pertam, Taman Batu Berendam Putra

75350 Batu Berendam, Melaka

Tel : 06-2925640 Fax : 06-2822212/ 2322212

06-2522833

06-2925643

12. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Risda Melaka

Lot 2020 Mukim Air Paabas

Alor Gajah 78000 Melaka

Tel : 06-5529227 Fax : 06-5529963

06-5529642

13. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Kemahiran MARA Jasin

Km 32, Jalan Chin Chin

Simpang Kerayong, Peti Surat 141

77000 Jasin Melaka

Tel : 06-5294489 Fax : 06-5292561

14. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Unikop Melaka

No 2 Jalan TBC 10

Taman Bukit Cheng 75250 Melaka

Tel : 06-3123795 Fax : 06-3122186

06-3122388

06-3123793

15. Pengarah

Bahagian Hal ehwal Pelajar

Kolej Komuniti Bukit Beruang

23, Jalan BB1, Taman Bukit Beruang Indah

75450 Bukit Beruang Melaka

Tel : 06-2332770/06-2332821 Fax : 06-2332877

16. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTEM )

Karung Berkunci 1200

Ayer Keroh 75400 Melaka

Tel : 06- Fax : 06-3316111(PJBT NAIB CENSELOR)

17. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah

Tkt 1 & 3 Wisma UMNO

78000 Alor Gajah, Melaka

Tel :06-5568586/5566186 Fax : 06-5568587

18. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah

Km 24 Jalan Ramuan China Besar

78300 Masjid Tanah Melaka

Tel : 06-3851255 Fax : 06-3851250

19. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Professional ICT Academy

No 2 Jalan PM 13 Plaza Mahkota

75000 Banda Hilir Melaka

Tel : 06-2869850 Fax : 06-2834624

20. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Latihan Perindustrian

Lot 1468, Jalan Batang Melaka

77500 Selandar Melaka

Tel : 06-5251224/06-5251215 Fax : 06-5251255

21. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Latihan Cosmopoint

No 112,114& 116

Jalan Kubu 75200 Melaka

Tel : 06-2860688 Fax : 06-2860699

22. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

UITM Kampus Bandar Melaka

110 OFF Jalan Hang Tuah

75300 Melaka

Tel : 06-2857000 Fax : 06-2857034

06-2857023/24 Fax : 06-2857025

23. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Komuniti Jasin

Km 24 Taman Iks Merlimau

Jalan Muar 77300 Merlimau

Melaka

Tel : 06-2631616 Fax : 06-2631717

24. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Komuniti Masjid Tanah

Paya Rumput 78300 Masjid Tanah

Melaka

Tel : 06-3843703 Fax : 06-3843700

25. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Komuniti Selandar

Jalan Batang Melaka

77500 Selandar, Melaka

Tel : 06-5253122 Fax : 06-5253158

26. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Putra Melaka

Lot 1838 Mukim Bukit Katil

Ayer Keroh 75450 Melaka

Tel : 06-2316826 Fax : 06-231 7537

27. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej IT Freedom Melaka

32 A/1 & 32 A / Jln PMS 3

Plaza Melaka Sentral

75400 Melaka

Tel : 012-6237234 Fax : 06-2866476

28. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Akademi Laut Malaysia Melaka ( Alam )

Peti Surat 31, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Tel : 06-3876304 / 3876201 Fax : 06-3876700

29. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Matrikulasi Melaka

78300 Masjid Tanah, Melaka

Tel : 06-3847778 Fax : 06-3847190 / 7780

30. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Stamford

Cawangan Melaka

148 & 150 Jalan Laksamana Cheng Ho

75000 Melaka

Tel : 06-2822613 Fax : 06-2821403

31. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Perubatan Melaka Manipal

Lot 463-1 jalan batu hampar

Bukit Baru 75150 Melaka

Tel : 06-2925849 Fax : 06-2817977

32. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Kolej Teknologi Midas Melaka

No 9 Blok B, Plaza Wang

Jalan Tun Perak, 75300 Melaka

Tel : 06-3355290 Fax : 06-3359606

33. Ketua Eksekutif

Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka

Blok A, M1-1-1 Kompleks Yayasan Belia Sedunia

Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Tel : 06-2329172 Fax : 06-2325368

34. Rektor

Kolej Antarabangsa DMDI

Lot 53C, Tingkat 3 Kompleks Melaka Mall

Lebuh Ayer Keroh 75450 Melaka

Tel : 06-2313432 Fax : 06-2313433

35. Pengarah

Pusat Latihan Teknologi Tinggi( ADTEC )

Bandar Vendor

Taboh Naning 78000 Alor Gajah Melaka

Tel : 06-5527227 Fax : 06-5527231

36. Rektor

Universiti Kuala Lumpur Malaysia

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor

Taboh Naning 78000 Alor Gajah Melaka

Tel : 06-5512091 Fax : 06-5512001/06-5512034

37. Pengarah

Kolej Kejurawatan & Kesihatan Nilam

Lot 43, KB 31 Batu 2 Jalan Malim

75250 Bachang Melaka

Tel : 06-3342964 Fax : 06-3345510

38. Pengarah

Kolej Ranger Melaka

No 2 Jalan Kota Laksamana 1/1,

Taman Kota Laksamana

75200 Melaka

Tel : 06-2835593 Fax : 06-2865593

39. Kolej Komuniti Cawangan Kota Melaka

No 5 Kompleks Kesidang

Jalan Tun Perak

Bachang,

75300 Melaka

Tel: 063361220 Fax : 06-3361253

40. Pentadbir

Universiti Terbuka Malaysia

PPT Durian Daun

MPPM Durian Daun

75400 Melaka

Tel: 06-2921852 Fax : 06-2921855

41. Pengetua

Malaysian Flying Academy

No1.0 Lot 3224 Mukim Batu Berendam

75350 Melaka

Tel: 06-3174026 Fax : 06-3174362

42. Kolej Kemahiran Tinggi MARA

KM 1 Persiaran Paya Lebar

Ramuan China Besar

78300 Masjid Tanah, Melaka

Tel: 06-3851102 Fax : 06-3851106

43. Pengetua

Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai

M1-3-26, 2nd Floor, Kompleks Yayasan Belia Dunia

Lebuh Ayer Keroh

75450 Melaka

Tel: 06-3851102 Fax : 06-3851106

44. Pengarah Eksekutif

Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka ( MISDEC)

Lorong 1, Jalan PBB 6

Taman Perindustrian Batu Berendam

75350 Melaka

Tel: 06-3353576 Fax : 06-3353577

45. Pengetua

Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Mahkota ( ISKKM)

Tingkat 9 Mahkota Medical Centre 3

Mahkota Melaka, Jalan Merdeka

75000 Melaka

Tel : 06-2813333 Fax : 06-2810560

46.Institut Skill Tech

Lot 453 Batu 13 Jalan Tebong/ Machap

76100 Durian Tunggal Melaka

Tel : 065531418/06-5531416 Fax : 06-5531417

47. Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz

Jalan Durian Daun

75400 Melaka

Tel : 06-2834149 Fax : 062847452

48. Kolej Pekida Jasin

Lot 3/13 Kawasan IKS Nyalas

Jalan IKS N/1, Taman IKS Nyalas

77100 Jasin, Melaka

Tel:065237130 / 5237133 Fax : 06-5237131/065237133

49. Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara

Kem Lagenda, Gunung Ledang Asahan

Jasin, Melaka

Tel: 06-5237370 / 06 5237371 Fax : 06-5237372

  1. Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara Ayer Keroh

Majlis Gabungan Belia Melaka

75450 Melaka

Tel: 06-2326646 Fax : 06-2326631

  1. Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara Putra Putri

Jalan Taboh Naning

Cerana Putih

78000 Alor Gajah

Melaka

Tel : 06-5528386 / 5528303 / Fax : 06-5529661

06-5528308

  1. Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara Warisan-

Bukit Cempedak

Masjid Tanah

78300 Melaka

Tel: 06-3541021 Fax : 06-3541020

53. Pengarah

Institut Kemahiran Industri Melaka

Bachang, Melaka

54. Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Relajar

Kolej Profesional Mara Kampus Ayer Molek

KM 16, Jalan Tiang Dua

75460 Ayer Molek Melaka

Tel: 06-2695881/2 Faks:062695880

55 Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Accel Skill Academy

491 Jalan Hang Tuah

Plaza Melaka

75300 Melaka

Tel 06-2839331 Faks:06-2834331